27 Disember 2011

kekasih sebenar

Kau kata kau cinta,
Kau kata kau sayang,
Kau kata kau rindu..
Tapi apalah semua erti itu,
andai hanya sekadar di hati atau untuk menyedapkan hati pasangan kita..
Kerana,
Seorang kekasih tak akan melupakan kekasihnya,
Seorang kekasih tidakan meninggalkan kekasihnya,
Seorang kekasih sentiasa ada bersamaya,
Seorang kekasih tidak akan membenciya,
Seorang kekasih sentiasa merinduinya,
Seorang kekasih sentiasa mencintainya,
Seorang kekasih sentiasa menyayanginya..
              Sesungguhnya,
              Hanya Allah SWT kekasih kita yang sejati,
              Sentiasa ada bersama kita,
              Sentiasa menyayangi kita,
              Sentiasa menyintai kita
              Tidak akan melupakan kita,
              Tidakkan akan meninggalkan kita,
Adakah kita sedar ini semua..mungkin ya,mungkin tidak..
Tiada kekasih yang abadi,
Tiada kekasih yang kekal,
Tiada kekasih yang sempurna,
kerana itu semua kekal milik pencipta kita ALLAH SWT..
           

26 Disember 2011

Duhai hati

Duhai Hati yang terluka,sabarlah hadapi dugaan ini..
Janganlah kau kecewa kerana dia..
Hati..
Walaupun sukar untuk kau terima kenyataan ini,
yang perlu kau ingat inilah ujian kehidupan buat mu..
Andai kau tewas dengan dugaan ini,bagaimana ujian kehidupan yang akan mendatang nanti??
Cekalkan diri mu wahai hati...

 Hati..
 setiap pertemuan ada perpisahan,
 setiap kehidupan ada kematian,
 setiap yang bermula pasti akan berakhir..

Hati..
janganlah kau terlalu kecewa,
janganlah kau terlalu berduka,
janganlah kau terlalu merana,
setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
setiap yang terjadi adalah dengan izin-Nya..
redhalah dengan seikhlas hati,
terimalah dengan hati yang terbuka...

Hati,
walaupun berat untuk kau terima dugaan ini,percayalah dengan janji Allah..
percayalah kerana kau manusia yang terpilih,
kerana Dia tahu kau mampu,
kau kuat,kau tabah dan cekal untuk menerima segala cabaran dan rintangan ini...
janganlah kau mengeluh,janganlah kau bersedih..janganlah kau berduka..

Hati,
berusahalah,berdoalah,tawakalah dan berserah pada Illahi..
kerana Dia kita disini,
kerana Dia lebih mengerti dan mengetahui yang terbaik untuk kita...
redhalah dengan dugaan ini...
kau mampu menghadapinya..cekalkan hati,cekalkan diri..
berdoalah pada Illahi..
moga kita mampu hadapi segala rintangan kehidupan ini..
Amin....

25 Disember 2011

berusahalah

Andai mencari sekeping hati,carilah yang luhur..
Andai mencari sebuah cinta,carilah yang benar..
Andai mencari kasih sayang,carilah yang terpendam..
Andai mencari rindu,carilah kepastian..
Andai mencari teman,carilah yang jujur..
Andai mencari sebuah kebahagian,carilah keikhlasan..
Andai mencari kekasih,carilah Pencipta kita..

          Cinta tak hadir tanpa kita usaha,
          Cinta tak hadir tanpa kita mencarinya,
          Cinta tak hadir tanpa undangan kita,
          Cinta tak hadir tanpa keberanian,
          Cinta tak hadir kalau kita hanya menanti..

Kerana,  
cinta harus kita mencarinya,umpama kita mencari rezeki dan cinta tidak akan jatuh dari langit ke riba kita,andai kita hanya menanti..
Setiap orang inginkan kebahagian,untuk mencapainya berusahalah,berdoa,tawakal dan berserah..
          
TEPUK DADA TANYA HATI...
Mencari atau menanti....

          

cinta dulu dan sekarang

Cinta dulu malu-malu,cinta sekarang tak tahu malu..
Cinta dulu penuh adab,cinta sekarang tak ada adab..
Cinta dulu nikah sebelum kahwin,cinta sekarang kahwin dulu baru nikah..
Cinta dulu penuh batasan,cinta sekarang tak ada batasan..
Cinta dulu mendengar kata orang tua,cinta sekarang mendengar kata kekasih..
Cinta dulu fikir dulu sebelum kena.cinta sekarang kena dulu baru fikir..
Cinta dulu penuh kasih sayang,cinta sekarang penuh kekejaman..
Cinta dulu menggunakan akal,cinta sekarang menggunakan nafsu..
          Jangan menyalahkan cinta,kerana cinta tak bersalah..yang salah adalah diri kita sendiri kerana
          mengikut nafsu..
          Ikut hati mati,ikut nafsu binasa..jangan menjadi hamba kepada cinta,jadilah tuan kepada cinta..