26 Disember 2011

Duhai hati

Duhai Hati yang terluka,sabarlah hadapi dugaan ini..
Janganlah kau kecewa kerana dia..
Hati..
Walaupun sukar untuk kau terima kenyataan ini,
yang perlu kau ingat inilah ujian kehidupan buat mu..
Andai kau tewas dengan dugaan ini,bagaimana ujian kehidupan yang akan mendatang nanti??
Cekalkan diri mu wahai hati...

 Hati..
 setiap pertemuan ada perpisahan,
 setiap kehidupan ada kematian,
 setiap yang bermula pasti akan berakhir..

Hati..
janganlah kau terlalu kecewa,
janganlah kau terlalu berduka,
janganlah kau terlalu merana,
setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
setiap yang terjadi adalah dengan izin-Nya..
redhalah dengan seikhlas hati,
terimalah dengan hati yang terbuka...

Hati,
walaupun berat untuk kau terima dugaan ini,percayalah dengan janji Allah..
percayalah kerana kau manusia yang terpilih,
kerana Dia tahu kau mampu,
kau kuat,kau tabah dan cekal untuk menerima segala cabaran dan rintangan ini...
janganlah kau mengeluh,janganlah kau bersedih..janganlah kau berduka..

Hati,
berusahalah,berdoalah,tawakalah dan berserah pada Illahi..
kerana Dia kita disini,
kerana Dia lebih mengerti dan mengetahui yang terbaik untuk kita...
redhalah dengan dugaan ini...
kau mampu menghadapinya..cekalkan hati,cekalkan diri..
berdoalah pada Illahi..
moga kita mampu hadapi segala rintangan kehidupan ini..
Amin....

Tiada ulasan: