27 Disember 2011

kekasih sebenar

Kau kata kau cinta,
Kau kata kau sayang,
Kau kata kau rindu..
Tapi apalah semua erti itu,
andai hanya sekadar di hati atau untuk menyedapkan hati pasangan kita..
Kerana,
Seorang kekasih tak akan melupakan kekasihnya,
Seorang kekasih tidakan meninggalkan kekasihnya,
Seorang kekasih sentiasa ada bersamaya,
Seorang kekasih tidak akan membenciya,
Seorang kekasih sentiasa merinduinya,
Seorang kekasih sentiasa mencintainya,
Seorang kekasih sentiasa menyayanginya..
              Sesungguhnya,
              Hanya Allah SWT kekasih kita yang sejati,
              Sentiasa ada bersama kita,
              Sentiasa menyayangi kita,
              Sentiasa menyintai kita
              Tidak akan melupakan kita,
              Tidakkan akan meninggalkan kita,
Adakah kita sedar ini semua..mungkin ya,mungkin tidak..
Tiada kekasih yang abadi,
Tiada kekasih yang kekal,
Tiada kekasih yang sempurna,
kerana itu semua kekal milik pencipta kita ALLAH SWT..
           

26 Disember 2011

Duhai hati

Duhai Hati yang terluka,sabarlah hadapi dugaan ini..
Janganlah kau kecewa kerana dia..
Hati..
Walaupun sukar untuk kau terima kenyataan ini,
yang perlu kau ingat inilah ujian kehidupan buat mu..
Andai kau tewas dengan dugaan ini,bagaimana ujian kehidupan yang akan mendatang nanti??
Cekalkan diri mu wahai hati...

 Hati..
 setiap pertemuan ada perpisahan,
 setiap kehidupan ada kematian,
 setiap yang bermula pasti akan berakhir..

Hati..
janganlah kau terlalu kecewa,
janganlah kau terlalu berduka,
janganlah kau terlalu merana,
setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
setiap yang terjadi adalah dengan izin-Nya..
redhalah dengan seikhlas hati,
terimalah dengan hati yang terbuka...

Hati,
walaupun berat untuk kau terima dugaan ini,percayalah dengan janji Allah..
percayalah kerana kau manusia yang terpilih,
kerana Dia tahu kau mampu,
kau kuat,kau tabah dan cekal untuk menerima segala cabaran dan rintangan ini...
janganlah kau mengeluh,janganlah kau bersedih..janganlah kau berduka..

Hati,
berusahalah,berdoalah,tawakalah dan berserah pada Illahi..
kerana Dia kita disini,
kerana Dia lebih mengerti dan mengetahui yang terbaik untuk kita...
redhalah dengan dugaan ini...
kau mampu menghadapinya..cekalkan hati,cekalkan diri..
berdoalah pada Illahi..
moga kita mampu hadapi segala rintangan kehidupan ini..
Amin....

25 Disember 2011

berusahalah

Andai mencari sekeping hati,carilah yang luhur..
Andai mencari sebuah cinta,carilah yang benar..
Andai mencari kasih sayang,carilah yang terpendam..
Andai mencari rindu,carilah kepastian..
Andai mencari teman,carilah yang jujur..
Andai mencari sebuah kebahagian,carilah keikhlasan..
Andai mencari kekasih,carilah Pencipta kita..

          Cinta tak hadir tanpa kita usaha,
          Cinta tak hadir tanpa kita mencarinya,
          Cinta tak hadir tanpa undangan kita,
          Cinta tak hadir tanpa keberanian,
          Cinta tak hadir kalau kita hanya menanti..

Kerana,  
cinta harus kita mencarinya,umpama kita mencari rezeki dan cinta tidak akan jatuh dari langit ke riba kita,andai kita hanya menanti..
Setiap orang inginkan kebahagian,untuk mencapainya berusahalah,berdoa,tawakal dan berserah..
          
TEPUK DADA TANYA HATI...
Mencari atau menanti....

          

cinta dulu dan sekarang

Cinta dulu malu-malu,cinta sekarang tak tahu malu..
Cinta dulu penuh adab,cinta sekarang tak ada adab..
Cinta dulu nikah sebelum kahwin,cinta sekarang kahwin dulu baru nikah..
Cinta dulu penuh batasan,cinta sekarang tak ada batasan..
Cinta dulu mendengar kata orang tua,cinta sekarang mendengar kata kekasih..
Cinta dulu fikir dulu sebelum kena.cinta sekarang kena dulu baru fikir..
Cinta dulu penuh kasih sayang,cinta sekarang penuh kekejaman..
Cinta dulu menggunakan akal,cinta sekarang menggunakan nafsu..
          Jangan menyalahkan cinta,kerana cinta tak bersalah..yang salah adalah diri kita sendiri kerana
          mengikut nafsu..
          Ikut hati mati,ikut nafsu binasa..jangan menjadi hamba kepada cinta,jadilah tuan kepada cinta..

25 September 2011

KERANA CINTA...

Ramai yang berkata..
Aku tak boleh hidup tanpa mu..
Tanpa engkau siapalah aku..
Enkaulah segalanya bagi ku..
Aku rela mati tanpa engkau di sisi..
Tanpa engkau hidup ku tak bermakna..

Jangan jadi bodoh kerana cinta..andai engkau berkata bergitu adakah si dia akan kembali pada mu??
jawapan adalah tidak..
kerana engkau adalah manusia yang lemah,tidak kuat dan penakut.....
jangan sesekali membiarkan diri di perbodohkan..
jangan sesekali membiarkan diri lemah..
jangan sesekali membiarkan diri menjadi penakut kerana cinta...

kerana.....
mereka pasti berkata,
aku tak perlukan manusia yang lemah kerana cinta..
sanggup menjadi hamba cinta...
sanggup diri di perbodohkan kerana cinta...

Jadi...
sebenarnya apa yang perlu kita sedar,dia bukanlah jodoh kita..
bukan tercipta untuk kita...
bukan terjadi dari rusuk kita..
terimalah hakikat,
setiap apa yang kita impikan tak semua akan tercapai..
BERUSAHA,TAWAKAL,BERDOA,BERSERAH..adalah yang terbaik...
janganlah kita terus menjadi lemah kerana cinta..
janganlah kita berputus asa kerana cinta..
CINTA BUKAN MELEMAH KITA...
CINTA ADALAH MEMBERI KEKUATAN PADA KITA....

Andai hari ni engkau menangis,pasti suatu hari nanti engkau gembira....
tepuk dada tanya hati..
sampai bila kita harus kecewa KERANA CINTA.....

18 September 2011

Siapa jodoh kita...

Seringkali seseorang mencari kekasih
ibarat mendaki gunung yang tinggi,
Pepohon yang berduri sanggup di redah,
curam dan jurang sabar di tempuhi,
namun apabila di miliki di dapati
insan yang di kejar itu hanya dedaun kering
yang tidak bernilai..

Bergitulah umpamanya sia-sia usaha
yang tidak di salur dengan suluhan
Al-quran dan sunnah..
Sudah sedia tercatat seungkap nama di loh mahfuz
siapa jodoh kita..

Ianya urusan yang pasti,apa yang tak pasti..
adakah kita mendapatkannya dengan cara mulia
atau sebaliknya...
Walllahu'alam...
Cinta....
hadir mu membawa kebahagia..
hadir mu membawa penderitaan..
hadir mu membawa pengertian..
hadir mu membawa harapan..
hadir mu membawa seribu makna..

Bertuahnya pada mereka yang memiliki cinta..
bertuahnya pada mereka yang bahagia..
bertuahnya pada mereka yang impiakan kebahagiannya...

Tapi...
jangan sesekali engkau lupa,setiap pertemuan ada perpisahan..
jangan engkau lalai dalam bercinta..
bersedialah hadapi segala kemungkinan yang akan tiba..
bersedialah meniti badai yang akan tiba..

Sayangnya..
ramai di antara kita yang terlalu asyik 
hingga kita lupa cabaran yang akan tiba..
bersedialah hadapi segala kemungkinan..
bersedialah hadapi perpisahan..

Dan...
bersedialah untuk kembali keseorangan..
kerna..
tiada siapa yang tahu di hujung jalan ceritanya......

16 September 2011

Terima Kasih..

Sayang,
Setiap saat..
Setiap detik..
Setiap minit..
Setiap jam..
Setiap waktu..
Setiap hari..
Setiap minggu..
Setiap bulan..
Aku sentiasa mengingati diri mu..
Walaupun kita jauh,di hati ini hanya terukir nama mu..
Engkaulah yang amat ku rindui..
Engkaulah yang amat ku sayangi..

Engkaulah yang amat ku cinta..
Dan.....
Engkaulah yang sentiasa ada di hati dan perasaan ku....

Engkaulah segala-galanya bagi ku...


Sayang..
terima kasih atas segalanya..
kerana cinta yang kau hulurkan d saat aku hanyut dan lemas sendirian...

15 September 2011

KU PASRAH..

Ku terima segala-segalanya tentang diri mu,ku terima mu seikhlas hati ku...
Engkau pernah berkata,andai diri mu pernah tercalit noda,adakah aku dapat terima mu juga???

INILAH JAWAPAN KU..
''KU TERIMA SEGALA KEKURANGAN DIRI MU..BAGI KU,
TIADA HAK UNTUK AKUMENJATUHKAN HUKUMAN D ATAS SEGALA KISAH SILAM MU...
HATI INI TETAP MENERIMA MU SEADANYA..JIKA SUDAH REZEKI KU BERGINI,MENGAPA
AKU HARUS MENOLAK PEMBERIAN ILLAHi.....
BIARLAH MEREKA TERSENYUM SINIS,BIARLAH MEREKA KETAWA,BIARLAH MEREKA BERKATA-KATA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DIRI KU PADA MU MENGATASI SEGALA-SEGALANYA...''

TAPi....
mengapa engkau pergi saat cinta,rindu dan kasih sayang ku hanya bersemi untuk mu...
ketahuilah aku sangat menyayangi mu..
ku terima diri mu seikhlas hati dan perasaan ku..

Sayang...,
sehingga kini aku tertanya-tanya
mengapa kau pergi meninggalkan ku...
ku pasrah atas takdir Illahi..
Dia yang menemukan kita..
Dia juga yang memisahkan kita..

Pasrah ku bersama taqdir Illahi...
moga engkau bahagia....
Ku terima segala2nya tentang diri mu,
ku terima diri mu seikhlas hati ku..
Engkau pernah berkata andai diri mu tercalit noda,adakah aku dapat terima mu juga??

INILAH JAWAPAN KU..
"ku terima segala kekurangan diri mu..bagi ku,tiada hak untuk aku menjatuhkan hukuman di atas
 segala kisah silam mu..Hati ini tetap menerima mu seadanya..
jika sudah rezeki ku bergini,mengapaaku harus menolak pemberian Illahi..
Biarlah mereka tersenyum sinis,biarlah mereka ketawa,biarlah mereka berkata-kata..
kejujuran dan keikhlasan diri ku pada mu mengatasi segala-segalanya...''

tapi.......
Mengapa kau pergi saat cinta,rindu dan sayang ku pada mu semakin mendalam dan bersemi hanya pada mu..
ketahuilah,aku sangat menyayangi mu dan terima mu seikhlas hati dan perasaan ku...

sayang...
sehingga kini aku tertanya tanya,mengapa engkau pergi meninggalkan aku...
ku pasrah atas taqdir Illahi..Dia yang menemukan kita,Dia juga yang memisahkan kita...

Pasrah ku pada taqdir Illahi..moga engkau bahagia..

14 September 2011

CINTA...

andai cinta ada di hati,di manakah terletaknya ia..?
andai cinta harus memiliki kenapa ada hati yang terluka?
kenapa ramai yang sanggup berkorban demi cinta,andai akhirnya terluka...
      terlalu sukar untuk menafsirkan cinta..
      terlalu sukar untuk memahami cinta..
      terlalu sukar untuk memiliki cinta..
      terlalu sukar untuk  menilai cinta...
cinta oh cinta...
beruntunglah pada mereka yang memiliki cinta yang sebenar...
bertapa bertuahnya mereka...janganlah sia2kan cinta yang ada...
kerna kita tidak tahu entah bilakah cinta akan hadir semula setelah ianya pergi...

BosAN bToL...

MeNunggU Org Yg x KunJunG tiBA..