31 Januari 2012

Jika lalaki bergini...

Saya suka tengok jari kekasih saya...Cantik betul...Sungguh!Sampai takut saya nak pegang...Bukan takut patah..Tapi takut nanti jari kami tak dapat menolong antara satu sama lain pada suatu hari yang dahsyat depan Maha Esa..

Saya suka tengok rambut kekasih saya...Cantik betul...Sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung..Bukan cemburu orang lain tengok..Tapi takut nanti terbakar dek kepanasan Api neraka.. 

Saya suka tengok liuk lentok body kekasih saya...Cantik betul..Sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung agar masa dia jumpa kekasih Utama dia,dia makin cantik dan berseri menghadapNya..

Saya sedih tengok kekasih saya,tak tidur,tak makan rindukan saya....Saya pun macam tu hadapi masalah yang sama..Dia tanya apa ubatnya?Saya pun bagi dia AL QURAN..Untuk penenang jiwa...Semoga cintakanNya  dari saya...

Cinta teragung..

Kekasih...
Aku berjanji..
Akan pertahankan cinta suci ini..
Walaupun nyawa di galang ganti..
Menggadaikan cinta teragung tidak sama sekali..
Walaupun tidak pernah berjumpa..
Aku tetap bahagia..
ITULAH KEKASIH KU..
ALLAH S.W.T..
Cinta teragung...

30 Januari 2012

Permata ku..

Kau permaisuri hati..
Kau permata suci..
Akan ku tatahkan hati mu dengan sinar iman..
Akan ku hiasi jiwa mu dengan kewajipan..
Amanah buat insanberiman..
Rusuk kiri ku di cantumkan..
Agar dapat kita bergandingan.
Mensyukuri Anugerah Illahi..

27 Januari 2012

Janganlah di tanya lagi....

Usah di tanya mengapa aku masih menyendiri,
Usah di tanya mengapa aku masih tiada teman,
jawapan ku cuma satu,kerna luka-luka yang kau tinggalkan masih berparut
dan masih mengalir darah..
    Terima kasih atas penderitaan ini,
    Terima kasih atas kesakitan ini,
    Terima kasih juga atas airmata yang mengalir..
Walaupun pahit ku harus telan,
Walaupun sakit harus terima,
Walaupun berdarah ku harus ubati..
    Mungkin saat ini aku lebih senang bergini,
    Ku lebih damai bergini..
    Usahlah kau bertanya lagi tentang diri ku..
    Usahlah kau sebut kenangan lalu..
Bagi ku semuanya telah berakhir..
Izinkan aku mencari kedamaian di hati ku sendiri..
Pergilah andai itu mahu..
Usah berpaling lagi pada ku..
Ku terima semua ini dengan hati terbuka..
Selamat tinggal....  

Terimalah segalanya...

Biarlah cinta tak kesampaian,memang itu taqdir-Nya..
Biarlah impian dan harapan hanya tinggal kenangan andai itu kehendak-Nya..
Biarlah segala cita-cita lebur di persimpangan kerna tiada jodoh antara kita..
Biarlah semuanya berakhir setakat ini,andai itu lebih baik..

Andai ini adalah kebahagian untuk ku ku terima,walaupun berat untuk ku pergi meninggalkan diri mu tapi ku harus akur taqdir Illahi..
Walau sedalam mana cinta ku pada mu,andai tiada jodoh kita ku REDHA..seikhlas hati ku..
Apa yang harus ku sedar tidak semua percintaan akan bersatu..dan berdua tidak semestinya bersama..

Mungkin aku di sengajakan berjumpa orang yang salah,sebelum di temukan dengan mereka yang benar2 jodoh ku,apapun setiap kejadian dalam kehidupan ini pasti ada RAHSIA yang tersendiri..
Sesukar mana pun rintangan itu,kita harus tempuhinya,walau seberat manapun kita harus terima..
itulah kenyataan yang harus kita terima..Lari dari masalah bukanlah penyelesaiaan yang terbaik.kerna akan mendatangkan lebih banyak masalah..

Fahamilah kehidupan ini tidak terlalu kejam,cuma manusia itu sendiri yang berlaku kejam pada orang lain..
Jangan sesekali kita mengeluh,jangan sesekali kita menyesal ini semua kehendak Illahi..pasti ada hikmah yang tersendiri..

Andai ada cinta yang hadir,blajalah dari pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sebelum ini,
Jangan kita takut untuk mencuba..sebab itu mungkin jodoh kamu berdoalah agar ianya berkekalan..
Usah biarkan kenangan silam terus menghantui diri kita,
Jangan kita mengalah..yakinlah kita mampu hadapi segala ujian kehidupan ini..
Percayalah tiada yang lebih berharga daripada pengalaman dan pengajaran...
percaya pada diri sendiri,percaya pada kekuatan diri..dan percaya pada Qada dan Qadar Illahi......

Terimalah segalanya dengan seikhlas hati.....

26 Januari 2012

CINTa

CINTA tidak pernah meminta,
ianya sentiasa memberi...
         CINTA membawa penderitaan,
          tetapi tidak pernah berdendam..
Di mana ada CINTA di situ ada kehidupan..
Manakala kebencian akan membawa kemusnahan..

Andai itu..

Andai bunga itu layu di batas..
Andai kembangnya tidak seharum dulu..
Mengapa harus di biarkan ianya kering..
Mengapa biarkan ianya tiada harum lagi..
           Cinta ibarat bunga yang ingin sentiasa di belai,
           yang sentiasa ingin di beri perhatian yang sewajarnya,,
           dan sentiasa ingin di jaga dengan rapi..
Jangan biarkan cinta itu terus layu 
Jangan biarkan harumannya hilang bergitu sahaja.
Bajailah dengan kasih sayang,sulamilah dengan kerinduan..
            Kerna cinta itu kita yang membentuknya,
            Kita yang mencorakkannya..
            Dan kita yang menghiasinya..
Jagailah sebaik mungkin,cinta yang pergi sukar untuk kembali..
Bergitulah juga dengan bunga,andai layu ianya akan mekar kembali andai di jaga baik
tapi mungkin tidak seindah dulu..
Seindah kata sepuitis puisi,andai tiada cinta lagi,lepaskan dengan baik..
Andai bunga itu tidak di mahukan lagi,serahkanlah pada mereka yang memerlukannya...
Biar terjaga dan terbela nasibnya.. 
Andai kita berada di tempatnya,pasti kita juga akan merasai yang sama....
Jangan menyesak kehidupan insan lain andai di hati tiada perasaan lagi...      

13 Januari 2012

bukan itu yang ku inginkan...

Bukan madah atau puisi yang ku harapkan,yang ku inginkan kebenaran kata2 mu dalam melafazkan ERTI CINTA SEBENAR...

Bukan segunung janji dan bertimbun emas yang ku harapkan tapi SEKEPING HATI YANG LUHUR MENCINTAI KU...

Bukan harta dan pangkat yang ku kejar,tapi KASIH SAYANG YANG SEBENAR..

Bukan pujian bergunung yang ku harap,tapi KERINDUAN MU PADA KU..

Bukan janji manis yang ku dampakan tapi PERHATIAN DARI MU..

Apa guna MADAH dan PUISI andai di hati tiada cinta SEBENAR..
Apa guna SEGUNUNG JANJI dan EMAS andai tiada KEIKHLASAN DI HATI..
Apa guna HARTA dan PANGKAT andai tiada KASIH SAYANG..
Apa guna PUJIAN BERGUNUNG andai untuk MENGABURI MATA..
Apa guna JANJI MANIS andai untuk MENYAKITI HATI... 

Kerana itu aku lebih selesa bergini dari terpedaya dengan kata-kata yang akan menghancurkan hati ku....
Cinta bukan sekadar perkataan atau ucapan tapi harus ada KEIKHLASAN DI HATI,di sulami KASIH SAYANG,di bajai KERINDUAN..di sirami dengan PERHATIAN...

8 Januari 2012

Bicara Hati

Andai pentemuan itu yang terakhir,mengapa aku masih mengharapkan cinta mu...mengapa aku terus menanti diri mu walaupun ku tahu mungkin engkau tidak kembali pada ku lagi..

Andai diri ini kau tidak perlukan lagi mengapa engkau tidak berterus terang,mengapa biarkan aku tertanya-tanya sendirian...bergitu sukar untuk ku menjawab segala pertanyaan itu sendirian,kerna hanya engkau yang ada segala pertanyaan hati ku itu..

Andai tiada kerinduan untuk ku di hati mu,mengapa kau harus membisu,mendiamkan diri meninggalkan aku sendirian merindu mu..

Andai tiada sayang untuk ku lagi lepaskanlah aku jangan biarkan aku terus menagih sayang mu...

Andai tiada cinta lagi pada ku..katakanlah yang sebenarnya,usah mendiamkan diri..jangan biarkan aku terus mengharap sesuatu yang tak pasti dari diri mu....

Andai sendirian itu lebih baik untuk ku,mengapa aku harus bercinta..
Andai kesepian itu menenangkan ku,mengapa aku harus berdua...
Andai hati ku bahagia bila sendirian,mengapa harus aku mengisinya...

Tidak akan aku biarkan hati ku terluka lagi..
Tidak akan aku biarkan hati ku menangis lagi..
Tidak akan aku biarkan hati ku di mainkan lagi..

Biarlah masa menentukan semuanya...
usah di tanya mengapa aku bergini...
kerna parut-parut luka semalam masih berdarah....
Biarlah ianya sembuh sendiri..
Takkan aku mengharapkan apa-apa lagi...

Ku serahkan segalanya pada Illahi..
biarlah Dia menentukan semuanya yang terbaik untu ku...