27 Januari 2012

Terimalah segalanya...

Biarlah cinta tak kesampaian,memang itu taqdir-Nya..
Biarlah impian dan harapan hanya tinggal kenangan andai itu kehendak-Nya..
Biarlah segala cita-cita lebur di persimpangan kerna tiada jodoh antara kita..
Biarlah semuanya berakhir setakat ini,andai itu lebih baik..

Andai ini adalah kebahagian untuk ku ku terima,walaupun berat untuk ku pergi meninggalkan diri mu tapi ku harus akur taqdir Illahi..
Walau sedalam mana cinta ku pada mu,andai tiada jodoh kita ku REDHA..seikhlas hati ku..
Apa yang harus ku sedar tidak semua percintaan akan bersatu..dan berdua tidak semestinya bersama..

Mungkin aku di sengajakan berjumpa orang yang salah,sebelum di temukan dengan mereka yang benar2 jodoh ku,apapun setiap kejadian dalam kehidupan ini pasti ada RAHSIA yang tersendiri..
Sesukar mana pun rintangan itu,kita harus tempuhinya,walau seberat manapun kita harus terima..
itulah kenyataan yang harus kita terima..Lari dari masalah bukanlah penyelesaiaan yang terbaik.kerna akan mendatangkan lebih banyak masalah..

Fahamilah kehidupan ini tidak terlalu kejam,cuma manusia itu sendiri yang berlaku kejam pada orang lain..
Jangan sesekali kita mengeluh,jangan sesekali kita menyesal ini semua kehendak Illahi..pasti ada hikmah yang tersendiri..

Andai ada cinta yang hadir,blajalah dari pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sebelum ini,
Jangan kita takut untuk mencuba..sebab itu mungkin jodoh kamu berdoalah agar ianya berkekalan..
Usah biarkan kenangan silam terus menghantui diri kita,
Jangan kita mengalah..yakinlah kita mampu hadapi segala ujian kehidupan ini..
Percayalah tiada yang lebih berharga daripada pengalaman dan pengajaran...
percaya pada diri sendiri,percaya pada kekuatan diri..dan percaya pada Qada dan Qadar Illahi......

Terimalah segalanya dengan seikhlas hati.....

Tiada ulasan: