26 Januari 2012

Andai itu..

Andai bunga itu layu di batas..
Andai kembangnya tidak seharum dulu..
Mengapa harus di biarkan ianya kering..
Mengapa biarkan ianya tiada harum lagi..
           Cinta ibarat bunga yang ingin sentiasa di belai,
           yang sentiasa ingin di beri perhatian yang sewajarnya,,
           dan sentiasa ingin di jaga dengan rapi..
Jangan biarkan cinta itu terus layu 
Jangan biarkan harumannya hilang bergitu sahaja.
Bajailah dengan kasih sayang,sulamilah dengan kerinduan..
            Kerna cinta itu kita yang membentuknya,
            Kita yang mencorakkannya..
            Dan kita yang menghiasinya..
Jagailah sebaik mungkin,cinta yang pergi sukar untuk kembali..
Bergitulah juga dengan bunga,andai layu ianya akan mekar kembali andai di jaga baik
tapi mungkin tidak seindah dulu..
Seindah kata sepuitis puisi,andai tiada cinta lagi,lepaskan dengan baik..
Andai bunga itu tidak di mahukan lagi,serahkanlah pada mereka yang memerlukannya...
Biar terjaga dan terbela nasibnya.. 
Andai kita berada di tempatnya,pasti kita juga akan merasai yang sama....
Jangan menyesak kehidupan insan lain andai di hati tiada perasaan lagi...      

Tiada ulasan: